30 June, 2011

~kePadaMu WaniTa, aGAr diKau BahaGia~

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

p/s: view member2 punye note kt fb...terjumpa note nie.... so nk share dgn sume followers...especially kaum hawa...


Kau SemBah Apa??

Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah
Kafir: Baitullah tu apa?
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah
Kafir: Allah ada dalam tu?
Muslim: Tak..
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...
Kafir: Kau sembah apa?
Muslim: Aku sembah Allah SWT
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah...
Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya kau sembah Kaabah la...
Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
Kafir: Pernah.. selalu...
Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?
Kafir: Tengok perlawanan bola la...
Muslim: Di mana?
Kafir: Dalam TV la...
Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak...
Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...
Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
Kafir: Jadi...?
Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?
Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...
Muslim: Peliknya...
Kafir: Sebab apa pulak pelik?
Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...
Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...
Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?
Kafir: Ya.. tak pelik
Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...
Kafir: Erk.. kau betul..

28 June, 2011

JadDilAh sePerTi PohoN SemALu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

27 June, 2011

10 perKara yG dikaTegorikAn Sia2

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

 1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

WallahuA'lam........



cAra JawAb tePon yg Paling kerEk

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).

 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
 Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

 2. Soalan: haloo, siapa disana?
 Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
 Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
 Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
 Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
 Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
 Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

 9. Soalan: halloo... ...
 Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

 10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
 Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

 11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
 Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

 12. Soalan: assalammualaikum...
 Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
 jawab)


p/s: kepada sape2 yg bekerja sebagai operator telefon... jgn la wat gni... budi bahasa budaya kita....(^_^)



26 June, 2011

~ Universiti TerbaIk Dunia... Dimanakah KeDuduKan Universiti Malaysia~

  Bukan senang universiti dari Malaysia nak masuk dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia.Universiti Malaya berjaya menduduki tangga 180 pada tahun 2009, sebelum jatuh ke tangga 207, untuk tahun 2010.
Berdasarkan keputusan yang baru dikeluarkan oleh The Times Higher Education, tiada satu pun universiti dari Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, dan Universiti Teknologi Malaysia, yang berada didalam kelompok 200 univeristi terbaik tahun 2011.
Berdasarkan keputusan yang dikeluarkan tahun lepas oleh QS World University Rankings 2010:
207. Universiti Malaya (sebelum nie ranking 180)
263. Universiti Kebangsaan Malaysia (sebelum nie 291)
309. Universiti Sains Malaysia(sebelum nie 314)
319.Universiti Putra malaysia (sebelum nie 345)
365. Universiti teknologi Malaysia (sebelum nie 320) 
Untuk tahun 2011, belum ada keputusan dari QS World Univeristy Ranking. Berikut di bawah pula adalah senarai 5 universiti terbaik dunia 2011, dimana, kesemuanya dimonopoli oleh universiti dari Amerika.
1. Havard University(US)
2.California Institute of Technology(US)
3.Massachusett Institute of Technology(US)
4.Stanford University(US)
5.Princeton University(US)
Senarai universiti terbaik Asia:
  1. University of Hong Kong-(Hong Kong)
  2. University of Tokyo-(Japan)
  3. Pohang University of Science and Technology-(Korea)
  4. National University of Singapore-(Singapore)
  5. Peking University-(China)

P/S: Universiti dr Malaysia tak tersenarai dalam top 200 universiti terbaik... malah turut ketinggalan dalam ranking Asia.. Kita sebagai mahasiswa sepatotnya sedar akan hakikat ini.... dan berusaha menaikkan taraf universiti nagara kita...


25 June, 2011

Tip untuk Mengelak Dr Dicuri @ dirompak

1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.

3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4.Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.

5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)




 

24 June, 2011

Perasaan 2 Dtg laGi

>sedih<
>sebak<
sume bercampur.....
Dgn org lain senang jer die nk bercerita..berkongsi...... xp nape dgn ak jd Perahsia.... Akn gtau lau ak tanya..... Knp x seperti dulu...berkongsi apa aja... maybe ak xpnah rasa apa yg die n yg lain penah rasa....
Selama nie aku wat bodo jer mcm org xdok perasaan walaupon hati aku sakit...... xp ak x mmpu untuk berthan tok malam nie....tubir mata x dapat menjadi benteng yg kukh malam nie...........

RahSia Ayah Pin Terbongkar

Kisahnya begini, ayah pin boleh mendapatkan duit dgn menyeru jumlah wang yg dikehendaki dan dlm sekelip wang tersebut ada di dlm poket seluarnya. Sungguh hebat ayah pin..begitulah kata pengikutnya yg setia. Kalau pergi ke mana-mana sahaja, tentang wang tidak dirisaukan oleh ayah pin tetapi permintaan tersebut tidak melebihi RM500,000.00 sehari, dan sekali seru hanya RM50 sahaja, itulah syarat yang perlu di ikuti oleh ayah pin..

Suatu hari, ayah pin berjalan di kota metropolitan KL dengan harapan
untuk mencari ahli baru kerajaan langit dan merekrut mereka agar menjadi pengikut setianya. Selepas puas berjalan ayah pin singgah di satu kedai mamak untuk minum bersama pengikutnya. Setelah minum, dengan bangganya dia memanggil pelayan kedai tersebut dan meminta resit untuk membuat pembayaran. Pelayan tersebut memberikan resit yang bernilai RM200 kepada ayah pin dan 
dengan kembang lubang hidung ayah pin pun menyeru jumlah tersebut sebanyak 4x dan membayarnya. Pelayan kedai itu tergamam dan bertanya kepada ayah pin bagaimana dia melakukannya, ayah pin pun memberi satu syarat iaitu 'kalu demo nok tahu, keno joing kerajae langit dulu, *pah tu baru kawe bagi tau..' maka pelayan tersebut bersetuju dengan pelawaan ayah pin.

Setelah memdapat seorang ahli baru ayah pin pun beredar dan 
memerhati mana-mana mangsa yang boleh dijadikan pengikutnya, Tetiba ayah pin tertarik dengan suatu benda yang memang dihajati sejak kecil lagi iaitu Ferrari di dlm kedai kereta Naza World, terdetik dihati ayah pin untuk memilikinya..ayah pin pun menuju ke kedai tersebut dan melihat-lihat kereta yg diidamkannya itu.

Ayah pin memanggil jurujual kereta tersebut dan bertanyakan berapa 
harga kereta terbabit, dan pelayan itu memberitahu kepada ayah pin yang kereta tersebut beharga RM 485,000.00 OTR. Ayah pin berfikir seketika dan tiba-tiba dia berkata 'kawe noklah kalu *regho tu tapi bagi pok cik maso dale *sejhe dulu buleh? Pok cik nok gi *wak pitih *methar, *sekek lagi pok cik mari bagi pitih ko demo'.

Setelah sejam berlalu ayah pin pun muncul dan bersama dengannya ada 1 guni plastic yang sarat dengan duit, terkejut jurujual tersebut lalu bertanya kepada ayah pin di mana dia mendapat duit itu, dgn bangga ayah pin menjawab 'kalu nok tahu keno joing kerajae langit dulu, pah tu baru buleh bagi tau'. Jurujual tersebut bersetuju dengan cadangan ayah pin untuk menjadi pengikutnya.

Selepas segala urusan selesai ayah pin pun pulang dengan kereta 
barunya manakala pengikut-pengikutnya pula menaiki kereta iswara biru bersama dengan pengikut yang baru di rekrut..setiba dirumah pengikut barunya ertanya macam mana dia boleh dpt duit dengan senang sekali, dia memjawab bahawa dia adalah utusan tuhan dan akan mendapat apa yang dihajati dlm sekelip mata (dalam hati ayah pin berkata ' *kore ni suma budoh cayo ngan aku haaa..haaa..)

Ayah pin memberitahu pengikutnya yang dia mahu beradu di dalam bilik istemewanya untuk memulihkan tenaga dan berehat seketika. Ayah pin masuk dan berbaring diatas tilamnya yang tak penah basuh dan mendapati sepucuk surat yang ditujukan kepadanya lalu membuka dan membacanya. Selesai membaca surat tersebut ayah pin tiba-tiba meraung dengan sekuat-kuatnya lalu pengsan. Pengikutnya terkejut lalu bergegas masuk ke dalam bilik itu dan mendapati ditangan ayah pin ada sepucuk surat dan mereka membacanya?suratnya berbunyi bergini...

===
Kepada : Ayah Pin

Daripada : Toyol A/l Tolol

Perkara : Perletakkan Jawatan Sebagai Pencari Duit

Aku dengan ini mengesahkan diri aku nak berenti keje dengan ko sebab ko aku hampir jadi biol nak curi duit sebanyak RM485,000.00 tadi. Ko ingat aku tak reti penat ke? Lepas ni kalu ko nak duit pergi curi sendiri.

Aku tak nak jadi macam kuli batak ko lagi. Padan muka ko..ha..ha?

Bye dari aku,

ToYol

- moral ngan cite ni jgn jadi mcm ayah pin
- nak duit kene keje rajin2 jangan guna toyol
- jadi toyol2 sekalian sambung le keje korang? wakaka! dah kene?




~pEpaTah yG PatAh~

1] TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE……SORRY.

2] BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!

3] SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!

4] KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.

5] BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )

6] BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUUU…….

7] KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH……………

8] HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!

9] TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’.

10] HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….

11] KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….

12] CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI BULU TANGKIS BADMINTON, PASTI AYAM KEBOGELAN.

13] AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LA
TUUU…..

14] KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN ……

15] PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……

16] TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!

17] PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS .

18] BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!

19] SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.

20] KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.

21] KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAY
KAJANG!!!

22] KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BELI AJELAH KAIL YG PANJANG SIKIT

23] KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, BUAT RUMAH JAUH-JAUH SIKIT DARI
PANTAI….


P/S: Hanya sekadar hiburan....;)

23 June, 2011

HaHaHaHaHaHa....MacAMaCam Laaa

Dilarang meniru....

Special toilet tok ulat buku....huhuhuhu


hoohohho mesti ada org xberani nk makan nie....xp lau aku bantai jer..... :))

let it go

~oH aKu aNak Ke-2~

Sakam sume...
Apa khabar sume???? ada sihat ka???? Ok kalau sihat moh la kte bce entryku kali nie... Actually ak dapat bnda nie masa ak view fb schoolmate ak... n tetiba tertarik ngan note yg ada kt wall die...Pasal ank kedua...


1.ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!

2.ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

3.TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

4.BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

5.HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

6.HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka

7.BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..

8.ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri..

9.PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah..

10.PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....

Aku?????  aku rasa yg ada pada diri ak no3 no7 n no.9 jer...huhhu Bkn nk kata aku baik ngat  tapi ak boleh jer terima teguran org.. lau pasal degil 2 xtau r... skang x kowt..mase kecil maybe la..hahaha..

So sape2 yg rase diri tu anak no 2 check la... Sama x dgn korg...;)


22 June, 2011

~oH tIrAmiSu~

Salam sume....

Hurmmmmmm korg suka x Tiramisu????? Aku x berapa suka coz 1st time ak beli kek Tiramisu...x sedp langsung... 2 pon beli coz kwn2 ak cakap sedap... Then nk rasa la kan... Adakah ia sesedp kek coklat moist??? Hurmmm yummy.... x pon seenak blueberry cheese cake???? (muni suke gile cake nie)..huhhu.... Xp bila ak beli hampeh... xsedp pon.. maybe org 2 xpndai buat kowt... nk kata beli kt tepi jalan x gak coz ak beli kt Hotel...huhuhuhu

Ok lau org suka... korg tau x Tiramisu 2 asal dr mne???? Mesti korg kata dr Jepun an??? ak pon mula2 dgo nme die ak ingt asl dr jepun.. xp rupanye tidak.... Tiramisu berasal dari perkataan Itali yg bermaksud 'PICK ME UP'...huhu dan tiramisu nie merupakan pencuci mult yg femes kt italy.. So sekarg korg da tau an??? asal usul Tiramisu 2..So berterima kasihlah kepada ak...huhuhuh ;))

17 June, 2011

Salam sume....
Wah hari nie penat gle kowt... ptg xd g kemaman... Jihan ajak n da geng ada wat BBQ.. so die invite kitorg....
Aku, muni. pae, sarah, jannah. nisah n k.iqa...kitorg konvoi 2 buah kete.....

BBQ 2 buat kt Teluk Kalong... masyaAllah... bila smpi kt sne...ak tgok pantai die cantik gle... mcm dok kt tioman plak... Germ nk g masok jer dlm air...xp pikirkan pakai kasot..mals nk cabot....

Lepas mkan2... kitorg pon balik dalam kol 6.45 x silap..... huhuhu 2 jer nk gtau.... sape yg rse bosan ngan enrty nie xpayah la bace..huhuh

wasallam

16 June, 2011

d0a Ketika bersedih....

Hurmmmmmmmm xd ak ada cite sal apa yg ak rase hri ptg xd....
Ak mals nk layan sgt perasaan ak.. masok jer maghrib ak pon g amik air sembahyag n solat maghrb... pas solat ak pon bace al-quran... agk lme ak menghadp Al-quran hri nie... Alhamdulillah.... ak dapt ketenangan kembali...
Actually lau sedih ada doa tok hilgkn sedih... nie doanye....
Bismillahirrahmanirrahim........

للَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي

Allaahumma innii 'abduka wabnu 'abdika wabnu amatik, naashiyatii biyadik, maadlin fiyya hukmuk, 'adlun fiyya qadlaa'uk, as-aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahuu fii kitaabika, au 'allamtahu ahadan min khalqika, awis ta'tsarta bihii fii 'ilmil ghaibi 'indaka, an taj'alal Qur'aana rabii'a qalbii wanuura shadrii wajalaa'a huzni wa dzahaaba hammii



Artinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta pelenyap bagi kegelisahanku."
Doa di atas didasarkan pada hadits dari Abdullah bin Mas'udradliyallah 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallambersabda, "Tidaklah seseorang tertimpa kegundahan dan kesedihan lalu berdoa (dengan doa di atas) . . . melainkan Allah akan menghilangkan kesedihan dan kegelisahannya serta menggantikannya dengan kegembiraan.
Ibnu Mas'ud berkata, "Ada yang bertanya, 'Ya Rasulallah, bolehkah kita mempelajarinya?' Beliau menjawab, 'Ya, sudah sepatutnya orang yang mendengarnya untuk mempelajarinya'." (HR. Ahmad dalam Musnadnya I/391, 452, Al-Hakim dalam Mustadraknya I/509, Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannafnya VII/47, Ibnu Hibban dalam Shahihnya no. 2372, Al-Thabrani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir no. 10198 –dari Maktabah Syamilah-. Hadits ini telah dishahihkan oleh Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnul Qayyim, keduanya banyak menyebutkannya dalam kitab-kitab mereka. Juga dihasankan oleh Al-Hafidz dalam Takhriij Al-Adzkaar dan dishahihkan oleh Al-Albani  dalam al-Kalim al Thayyib hal. 119 no. 124 dan Silsilah Shahihah no. 199.)




Kenapa InI yg Aku Rasa

Salam sume....
sudah lame ak x mengupdate blog ak... Bese r baru2 bukk sem nie....bz ckit cmpur plak dgn mals.... so mknenye xdok la entry baru..... Hurmmmmm ak x tau nk tulis per.... sama seperti perasaan ak... xtau apa yg ak rasa.. Perasaan ak bercmpur baur.... Entahlah......x tau apa puncanya... Yg ak pasti ak rasa sgt2 sedih ptg nie... Rasa seperti org asing....Mau menangis n meluahkan apa yg ak rasa xp ak tidak punya tempat untuk melakukannye.... Hanya kepadamu ya Allah tempat ak mengadu..

Ya Allah... ape sebenarnye perasaan ak nie......

03 June, 2011

Wanita InsAn HebAt

Pelbagai persoalan tentang wanita sering dikemukakan dan diulas serta menjadi isu utama perbincangan sejak berdekad yang lalu. Malah perdebatan hal-hal yang berkaitan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman. Sungguh hebat seorang wanita, nama dan statusnya juga turut tertulis di dalam al-Quran serta sering disebut dalam lipatan sejarah.

Khadijah isteri Rasulullah saw., Maryam ibu Isa as., Asiah isteri Firaun, Khaulah al-Azwar Penghayun Pedang Perang, Zainab al-Ghazali, dan ramai lagi tokoh wanita Islam yang gemilang. Termasuk juga wanita hebat yang melahirkan dan membesarkan kita.

Manusia yang mempercayai hakikat kehidupan, penciptaan alam, SUNNATULLAH, akan tahu dan faham bagaimana hakikat kejadian seorang wanita, penghidupannya, dan ke mana kesudahannya selepas kehidupan ini.
Lantaran itu, wanita seharusnya dan wajib tahu hakikat kejadian hidupnya, serta peranan dan tanggungjawabnya dalam kehidupan.

At-Tin
"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus."
(At-Tin, 95:4-6)

Wanita Pada Pandangan Barat
Peradaban Barat telah melabelkan wanita sebagai jantina yang berlawanan dengan lelaki yang lebih dikenali sebagai golongan yang menggoda, menawan, dan merangsang naluri jantina yang berlawanan dengannya.
Apa yang mereka inginkan dari wanita adalah sentiasa menjadi perhiasan mata, hati dan jiwa. Mereka hanyalah golongan pemuas nafsu lelaki.

Doktrin yang ditanam oleh Barat inilah yang menjadikan wanita pada hari ini sentiasa berlumba-lumba ke arah kecantikan luaran, perebutan cinta murahan, malah sehingga sanggup menggadaikan diri sendiri.
Perlabelan yang telah ditanda hargakan itu menyebabkan maruah dan kedudukan wanita berada di tangga "TOP WORST".
Malah golongan wanita ini diberikan penghargaan dan pingat tersendiri dalam menayangkan kecantikan, kemulusan dan keghairahan masing-masing kepada suatu benda yang tidak bernyawa seperti dalam mempromosikan sesuatu barang.
Wanita dijadikan sebagai model untuk melariskan barangan jualan daripada barang-barang kegunaan wanita sehinggalah kepada pengiklanan jualan kenderaan.

Rendahnya martabat wanita seolah-olah sama nilai dengan barangan yang diperdagangkan.
Fenomena eksploitasi wanita ini semakin meningkat dengan jajaran masa yang mendorong wanita membebaskan diri dari tanggungjawab asal hakikat penciptaannya iaitu sebagai isteri, ibu, pendidik generasi pelapis, serta sayap kiri perjuangan suami.

Eksploitasi ini berlaku sehingga wanita akhirnya telah memasuki "alam" lelaki yang bertentangan dengan fitrah asal kejadiannya.

Ahli Falsafah Socrates pernah berkata :

Kewujudan wanita menjadi punca utama krisis dan kemerosotan dunia. Mereka ibarat sebatang pokok beracun. Di luar nampak cantik, tetapi sebaik sahaja seekor burung memakannya, ia mati pada masa itu juga.
(Dipetik daripada buku: Apa kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik)

Wanita Pada Pandangan Islam
Islam telah meletakkan maruah dan kedudukan wanita pada tempat yang mulia. Sungguh bertentangan dengan nilai dan eksploitasi yang ditunjukan oleh Barat.

Wanita pada sudut dan pandangan Islam terletak pada kedudukan yang tinggi, asli lagi harmoni. Maruah dan kehormatannya ditatang dan dijaga sebaiknya ibarat emas permata dan segala perhiasan yang tidak ternilai harganya.
Allah telah mewujudkan peranan antara lelaki dan wanita yang berbeza-beza namun kedua-duanya seiring penting. Tidak berperanan salah satu maka pincanglah semua.

Dalam pembentukan sebuah institusi kekeluargaan, tidak akan sempurna tanpa kedua-dua jantina ini.  Pembentukan masyarakat dan pembinaan peradaban Islam memerlukan wanita tampil menyumbangkan tenaga dan memainkan peranan sebagai sayap kiri lelaki. Tampil memimpin golongan wanita, turut memerah otak memikirkan kelangsungan strategi dakwah, mendidik generasi baru Islam malah turut serta menghayun pedang perjuangan.
Allah tidak memandang wanita dengan pandangan yang berat sebelah.

Buktinya adalah, di dalam surah Al-Ahzab ayat 35.

al-Ahzab
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, Allah menyediakan untuk mereka ampunan yang besar."

Kewujudan artikel ini sebenarnya untuk menangkis beberapa pandangan dan persepsi kuno mengenai wanita.
Sehinggalah pada hari ini, doktrin yang ditanam oleh Barat tentang wanita adalah selemah-lemah kaum masih lagi bertapak di pemikiran. Pemikiran inilah yang menyekat dan membataskan kemampuan wanita secara halus.
Hakikatnya, wanita bukanlah ingin menyaingi lelaki. Wanita juga tidak perlu menukar watak menjadi tomboy untuk membuktikan kekuatan dan ketabahannya. Wanita juga tidak perlu menjadi ganas semata-mata tidak mahu dipandang lemah.

Wanita insan tabah. Dijadikan oleh Allah swt. dengan sifat yang lemah lembut. Sesuai dengan peranannya sebagai pendidik anak-anak.Disaat terbentuknya bayi di dalam rahim dan kemudian dikandung selama sembilan bulan 10 hari, seterusnya kelahiran bayi telah membuktikan kehebatan dan ketabahan seorang wanita. Belum ditambah dengan kesabarannya dalam proses menyusukan dan mendidik anak sehinggalah mereka dewasa dan mampu berfikir dan berdikari sendiri.

Wanita Insan Tabah
Bagaimana pula wanita yang masih di peringkat remaja? Tidak hebatkah mereka? Tidak kuatkah mereka?
Ya, jawab dengan yakin bahawa remaja wanita juga insan tabah.

Di mana ukuran ketabahan dan kekuatan itu? 

Ukuran ketabahan itu adalah disaat mereka mampu melawan musuh-musuh dalam lipatan sendiri iaitu nafsu. Disaat hadirnya godaan-godaan syaitan, manusia dan seangkatannya, mereka melawan dengan keyakinan berpegang teguh pada ALLAH.

Perkembangan dunia yang pesat, pembangunan yang semakin global namun, wanita sedaya upaya membenteng diri dari terpengaruh dengan pelbagai godaan duniawi ini.

Melawan nafsu adalah jihad! Benar, inilah jihad yang perlu dipertahankan dalam diri setiap wanita. Dengan pendidikan dan tarbiyyah diri, yakinlah wanita yang dulu dipandang lemah merupakan insan hebat kerana mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan dunia. 

Lemah Lembut atau Lembik
Kebanyakan dari kita sukar untuk membezakan antara wanita bersifat lemah lembut dengan wanita yang bersifat lembik. Kita perlu faham istilah lembik dan lemah lembut adalah satu entiti yang berbeza.
Lembik adalah sifat negatif, manakala lemah lembut merupakan sifat positif bagi wanita.
Wanita yang lembik definisikan sebagai lemah, tidak mampu untuk hidup berdikari tanpa kebergantungan pada orang lain, penakut, serta tidak berupaya menghadapi cabaran. Ia lebih bersifat seolah mengada-ngada.

Berbeza pula dengan lemah lembut, menurut Profesor Meadley, wanita yang bersifat lemah lembut adalah wanita yang mempunyai hati yang kuat, bisa melentur namun sulit untuk dipatahkan serta mampu hidup berdikari. 
Lantaran perbezaan definisi inilah maka kaum wanita perlu memahami sifat yang bagaimanakah yang perlu dimiliki untuk menjadi wanita sejati, yang mampu menggoncangkan dunia.

Fitrah seorang wanita untuk memiliki sifat lemah lembut. Lemah lembut merupakan kekuatan kaum wanita. Wanita yang memiliki sifat inilah yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayu yang berbunyi "Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia".

Andalah apa yang anda fikirkan. Kuat atau lemahnya anda adalah dari apa yang anda fikirkan. Peganglah hati supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri dengan teguhkan kebergantungan pada Allah, kerana kekuatan hati dan kecekalan jiwa datang daripada-Nya.

p/s: article nie jmpa dripada org.... so saja jer nk share