21 May, 2012

Tanggungjawab & Amanah Mahasiswa

Assalamualaikum semua..

Menurut As-syahid Imam Hasan Al-Banna, ' Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada' .  Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai mempunyai tanggungjawab masing-masing dan tidak terkecuali mahasiswa. Mahasiswa mempunyai amanah dan tnaggungjawab mereka sendiri. Mahasiswa biasanya merujuk kepada golongan muda dan golongan  itu gagah tenaganya. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat keinginnannya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa. Jelas disini begitu pentingnya golongan mahasiswa.

Menurut Imam Hasan Al- Banna, terdapat 4 asas penting untuk menjdi seorang mahasiswa yang berjaya iaitu keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha. Asas keimanan ialah hati yang bersihAsas keikhlasan ialah jiwa yang suci. Asas semangat ialah keinginan yang kuat. Asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada pada mahasiswa. Antara tanggungjawab dan amanah mahasiswa ialah 

1) KECINTAAN KEPADA ILMU
2) KEUTAMAAN 
3) PERUBAHAN.









LEMAH LEMBUT atau LEMBIK ??


Assalamualaikum to all THIS IS ME's readers..


Kebanyakan dari kita sukar untuk membezakan antara wanita bersifat lemah lembut dengan wanita yang bersifat lembik. Kita perlu faham istilah lembik dan lemah lembut adalah satu entiti yang berbeza.
Lembik adalah sifat negatif, manakala lemah lembut merupakan sifat positif bagi wanita.
Wanita yang lembik definisikan sebagai lemah, tidak mampu untuk hidup berdikari tanpa kebergantungan pada orang lain, penakut, serta tidak berupaya menghadapi cabaran. Ia lebih bersifat seolah mengada-ngada.
Berbeza pula dengan lemah lembut, menurut Profesor Meadley, wanita yang bersifat lemah lembut adalah wanita yang mempunyai hati yang kuat, bisa melentur namun sulit untuk dipatahkan serta mampu hidup berdikari.
Lantaran perbezaan definisi inilah maka kaum wanita perlu memahami sifat yang bagaimanakah yang perlu dimiliki untuk menjadi wanita sejati, yang mampu menggoncangkan dunia.
Fitrah seorang wanita untuk memiliki sifat lemah lembut. Lemah lembut merupakan kekuatan kaum wanita. Wanita yang memiliki sifat inilah yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayuyang berbunyi "Tangan Yang Menghayun
Buaian Mampu Menggoncang Dunia".

19 May, 2012

TekNik Untuk DapatKan JoDoH

Assalamualaikum reader's This is me & salam 1 M'sia.

Hari ni duduk-duduk baca something tetiba terjumpa teknik untuk dapatkan jodoh. Heheh. kepada sesiapa yang dah ada calon, Alhamdulillah, kepada yang masih single mingle, haa try la tek ni ni, mana tahu menjadi. Hahaahah. Aku rasa semua dah sedia maklum bahawa setiap insan di muka buni ini Allah telah ciptakan jodoh masing-masing.  Bagi perempuan, jikan anda rasa anda diciptakan bersendirian, bermakna anda SALAH kerana tulang rusuk yang ada pada anda adalah milik pasangan anda. Anda ada 1 dan MR. RIGHT anda  ada 1. So lengkap bukan??? Jahi tak payah kita cerita panjang-panjang jom kita tengok macam mana untuk mendapatkan jodoh.

BERDOA
First of aall korang semua mesti la kena berdoa supaya dikurniakan jodoh yang baik tambahan pula jodoh merupakan ketentuan yang maha kuasa. Juga berdoa supaya dipermudahkan untuk bertemu dengan jodoh. :))

JANGAN PUTUS ASA
Mostly yang gagal bercinta sekali, dah serik untukbercinta lagi. Anda juga mesti la tidak berputus asa dan terus berusaha mencari.

FIKIRKAN DIRI SENTIASA MENARIK
Korang janagan la berfikiran negative. Korang mesti fikirkan yang korang itu sebenarnya cantik. Sebab cantik itu subjective dan maksudnya sangat luas. Jangan maksudkan cantik berdasarkan fizikal semata-mata. Pandangan setiap orang berbeza.




BELAJAR SAYANGI DIRI SENDIRI
Anda perlulah menyayangi diri anda sebelum menyayangi orang lain. Jika anda tidak mampu untuk sayang diri anda, macam mana anda ingin menyayangi orang lain??? Fikirkan betapa berharganya diri anda dan betapa bertuahnya anda dapat hidup di dunia ini. Menyayangi insan sekeliling anda seikhlasnya dan hapuskan perasaan benci.

SENTIASA JAGA PENAMPILAN
Anda sedang ,encari pasangan??? Kerana itulah anda perlu bersiap sedia bertemu dengannya pada bila-bila masa. Oleh itu sentiasalah menjaga penampilan diri agar kelihatan cantik, menarik dan kemas kerana 1st impression adalah sangat penting.

LUASKAN PEMIIRAN TERHADAP CINTA
Buka hati dan minda untuk menerima cinta  dan sebab itu orang kata cinta tak mengenal waktu, usia, darjat dan keturunan.  Mesti yakin bahawa cinta hanya akan datang kepada mereka yang betul-betul bersedia untuk menerima dedatangannya.

ASAH KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Keyakinan semasa berkomunikasi adalah sangat penting kerana ia mununjukkan kesungguhan. Perlu pandai menggunakan bahasa tubuh, 'eye contact' dan cara berkomunikasi. Semangat yang ditunjukkan boleh menarik orang mendakati anda.






17 May, 2012

~22 pEtaNda Lelaki GENTLEMEn~

Assalamualaikum semua pembaca THIS IS ME..

Hari aku ada baca majalah Wanita keluaran MEI 2012. Majalah ni my mom yang punye.. Die memang suka baca majalah ni sebab banyak info-info yang berguna kepada kaum wanita terutama kepada para ibu and isteri.  Aku just tumpang baca je sebab aku biasanya membaca ruangan yang tertentu sahaja. Belek punye belek terjumpa tajuk diatas. Aku pun tertarik untuk membacanya and tetiba rasa nak share korang semua.

Ok semua wanita biasanya mengidamkan seorang lelaki yang gentlement kan. Tapi tak semua lelaki boleh jadi gentlement. Tanda yang aku nak share ini ialah sebahagian sahaja petandanya dan mungkin setiap orang mendefinisikan gentlement berbeza tu mengikut pandangan mata mereka sendiri. Jom kita teruskan membaca dan mengetahui tanda-tanda lelaki gentlement and bagi kaum lelaki, kalau berasa anda tu bukan seorang yang gentlement and ingin belajar jadi gentlement, bace entry ni sampai habis.

1. Jika lelaki itu menunggu wanita bersiap dan wanita itu terlewat, lelaki itu tidak marah-marah jauh sekali membebel. Sebaliknya dia akan tersenyum dan mungkin akan menegur anda dengan cara yang paling sopan.

2. Jika wanita menyakiti hati teman lelakinya secara tidak sengaja, lelaki yang gentlement tidak akan marah memlulu tapi memilih untuk meluahkan secara berterus terang. Tetapi jika sudah hilang kesabaran , dia mungkin akan bertindak mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada anda. Dia tidak akan bergaduh atau meghempas telefon kerana baginya bergaduh dengan perempuan hanya membuang masa sahaja.

3. Jika anda keluar makan dengannya dan terjadi salah faham dimana menu yang dipesan telah tersalah hantar oleh waiter, lelaki yang gentlement tidak akan menjerit-jerit dan memaki hamun waiter tersebut.

4. Jika sewaktu memandu ada kereta lain yang membuat isyarat kurang ajar and ajak berlumba, die sama sekali tidak akan menlayan. Lelaki yang gentlement tidak berminat melayan provokasi.

5. Jika dia membuat kebajikan, tidak suka kebajikan itu dike tahui orang lain.

6. Mereka tidak akan bercakap ketika makan penuh didalam mulut.

7. Dia akan menjemput anda betul-betul di tempat yang berbungbung jika hujan lebat dan tidaka akan membiarkan anda terkena hujan.

8. Ketika berjalan berdua, si dia dengan ramah akan bertegur sapa dengan ahli keluarga dan saudara anda jika terserempak dan mempelawa mereka menyertai anda.

9. Tidak akan berbual di telefon dengan suara yang kaut sehingga dengar sampai ke luar rumah.

10. Dia tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupon anda sudah menjadi pasangannya selama 10 tahun.

11. Tidak akan bersin atau membuang hingus tanapa menggunakan tisu, tidak akan meludah merata- rata dan tidaka akn melaraskan alat sulitnya di tempat awam.

12. Dia dengan sendirinya tahu bahawa anda penat setelah seharian bekerja dan tidak akan berleter jika anda timbunkan pinggan mangkuk di dalam singki dan akan  membantu  mencuci sekadar termampu.

13. Anda kelam kabut untuk ke tempat kerja pada waktu pagi dan butang baju kemejanya tercabut. Die tidak akan menyuruh anda menjahit butang itu untuknya sebalik dia kan melakukannya sendiri.

14. Jika ada tompokan darah haid pada cadar dan anda tidak menyedarinya, dia tidak akan berleter tetapi hanya memberitahu dan menghulurkan cadar untuk di cuci.

15. Lelaki gentlemen akan menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

16. Dia sanggup berlama-lama di dalam tandas untuk memcuci dan  memstikan tiada kesan ditinggalkan jika pengepam  tandas rosak.

17. Jika melihat anda membawa barang yang bayak, dia akan menghulurkan tangan untuk membantu.


18. Walaupun sendirian di rumah, dia sesekali tidak akan minum dengan meneguknya terus, sebaliknya kan mencari gelas dan menuangnya untuk diminum.

19. Tidak perlu bideritahu bila wanita merajuk. Die dengan sendirinya dapat menghidu perubahan.

20. Jika memandang perempuan seksi, dia tidak kan bersorak apa lagi memandang sebaliknya tetap tenang.

21. Si gentlemen tidak akan mengungkit kisah lama anda biarpun dia tahu dia cinta ke dua anda.

22. Kalau anda minta dia membayar bila atau membeli sesuatu, die tidak pernah menggelapkan duit anda walau 1 sen pun. Dia akan kembalikan kesemua baki duit itu...

16 May, 2012

PersonaLiti IkuT Jenis Darah


~seLaMat HarI GuRu~

Assalamualaikum kepada semua pembaca THIS IS ME!

Seperti yang anda semua sedia maklum,  tanggal 16 MEI telah ditetapkan sebagai hari untuk mengingati jasa para guru atau lebih dikenali sebagai HARI GURU. Guru sememangnya seorang insan yang snagat mulia. Guru bukan sahaja ditugaskan untuk mengajar, tapi mendidik, membetulkan kesilapan kita semua. Guru biasanya akan mengajar murid-muridnya sesuatu subject sehingga murid itu betul-betul faham dan bukan sekadar menjalankan tanggungjawab secara sambil lewa. Tidak semua manusia itu mampu menggalas tanggungjawab sekadar seorang guru. Manusia-manusia hebat yang wujud sekarang ini tidak akan ada tanpa seorang guru. Semuanya bermula dari seorang guru. Memang betul, pendidikan awal bermula dari rumah, segala basic pembelajaran yang kita kenal biasa bermula dari pengajaran seorang ibu. Guru pula bertanggungjawab memperkukuhkan basic yang kita ada dan membuat penambahan ilmu kepada kita mengikut peringkat umur kita.

Tema Hari Guru pada tahun 2012 ialah GURU INNOVATIVE MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.


Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru ynag pernah mengajar aku, guru-guru di Tadika Kemas Sri Kemunting, Kuantan,  semua guru di Sek Keb. Sultan Abdullah, Kuantan(1998-2003), Sek Men Keb Agama Pahang, Muadzam Shah(2004-2008), dan semua lecturer di UiTM kampus Dungun (2009-2012). Segala usaha murni kalian insyaAllah akan aku ingat dan kalian semua akan sentiasa berada dalam doaku.

SKSA

SMKAP

UiTM kampus Dungun



11 May, 2012

Addicted to Games & Novels... ^_^

Asslamualaikum and salam 1 Malaysia kepada semua reader This is Me.

Wow addicted to games and novel.!!!!!!! Hurm siapa pulak yang ketagih games and novel ni?? Siapa lagi kalau bukan aku.. Hehehehe. Tapi aku rasa ok apa addict main games dari drug addict. Ok la tak payah kita story panjang-panjang pasal dadah ni. Korang semua pon memang dah sedia maklum bahawa dadah ni bukan memeberi kebaikan tapi memusnahkan hidup kita.  Berbalik kepada tajuk, kalau korang nak tau ( ni untuk sesiapa yang nak tahu je la, kalau tak nak xpe, xpayah baca.. ni blog aku, suke hati aku la nak tulis apa...) aku ni memag tersanagat la suka bermain game dan membaca novel. Da bermacam jenis games aku main. Koleksi aku pon boleh tahan laa, tak la banyak sangat. Kalau games yang dekat FB tu, jangan cakap la, pantang ada yang request games baru, mesti aku main, sebut je apa, mesti aku tau. Tapi itu sebelum masuknya tahun 2012. Bila masuk je tahun 2012, aku da tak layan da games kt FB sebab aku tau kalau aku layan sangat susah nak berhenti. So aku terpaksa korbankan minat aku yang satu itu demi masa depan. Ceeewah ayat!!!!!! Ye la time tu aku kena sedar  diri yang da berada di semester terakhir. So aku kena la fokus sikit. Lagipon last semester memang kitorang sangat busy. So aku tak boleh nak fokus pada games je. Tapi games yang dalam laptop still ada. Even aku jarang bukak, tapi aku still bukak even sekejap. Untuk lepaskan gianla katakan. Hehehe. Tapi korang tahu tak??? Sebenarnya main game ni ada kebaikannya. Dengan bermain games, kita akan dapat meransang otak kita menjadi lebih kreatif. Kita akan sentiasa memikirkan strategy untuk memenangi games tersebut.

Aku ingin berkongsi 1 kisah yang agak menarik aku rasa. Pada bulan FEB yang lepas, aku ada menyertai program yang mengumpulkan semua Accounting student dari seluruh Malaysia. Program tersebut ialah Malaysian Accounting Student Convention (MASC) anjuran kelab accounting Universiti Malaya. Proganram ni bertempat di UM. Apa yang aku nak kongsi ialah ada 1 of  the BIG 4 company, menganjurkan games. So disebabkan kami memang disuruh bergerak dalam kumpulan, so games tersebut juga mengikut kumpulan. So ada 1 kumpulan ni, group leader dia dapat menyelaesaikan games tersebut dengan jayanya. Apa yang menarik, wakil dari company tersebut, terus offer   leader tu bekerja dengan company die. Kalau x silap PwC rasanya yang anjurkan games tu. So korang nampakkan, games meransang otak kita menjadi kreatif. Pemikiran kreatif kita itu la yang akan memberi kebaikan kepada kita. So kita kena la pandai2 untuk membahagikan masa untuk bermain dan belajar. Kalau asyik bermain je, tak belajar, itu yang membuatkan orang fikir main games tu hanyalah membuang masa dan merugikan kita.




Aku suka main games kalau time aku geram or marah. Confirm hanya dengan sekali percubaan je, da boleh menang. Hehehe. Bagus tak aku??? bila marah lepaskan dekat game, so tak de sesiapa yang sakit hati dengan kita. Hehehe

Satu lagi minat aku ialah NOVEL. Memandangkan sem akhir aku sangat busy dan jarang aku online dan membuka laptop, so aku memulakan kembali kegiatan membaca novel aku ni. Bila balik kelas je, aku akan baca. Bila habis group discussion je aku akan baca. Biasa la novel ni kan boleh dibaca sambil baring. Untuk pengetahuan korang semua, aku boleh menghabiskan novel dalam masa 1 hari sahaja termasuk novel yang muka suratnya 1000++. Kawan-kawan aku cakap, aku menjadi manusia yang sangat kejam bila aku mula menghadap novel. Sebab apa aku menjadi kejam??? Sebabnya aku tak menghiraukan panggilan mereka, pertanyaan mereka, even bila mereka ngutuk aku kat depan-depan aku pon aku tak perasan lau time aku tengah baca novel. HuHuhu. Sampaikan kawan-kawan aku ada yang terasa dengan tindakan aku. Huhu. tapi mula-mula je la,  then lepas tu mereka dah tau, so dorang da tak ambil pusing. Hehehe. Ada yang sampi takut nak tegur aku bila tengok aku tengah baca novel.hehehe.

So ni la sebahagian dari  koleksi novel-novel aku. Tak banyak pun, ada jugak share dengan adik aku. Dah banyak da novel yang aku baca, sampi tajuk pon da tak ingat tajuk apa yang dah baca, apa yang belum sebab banyak jugak novel yang aku baca aku pinjam dengan kawan-kawan aku especially Nisah. Die memang pembekal novel-novel baru. HEHEHE.






Aku rasa samapi disini sahajalah entry aku untuk hari ini. Jumpa di nexr entry ye.. :) Kepada followers aku, teruskan membaca dan meninggalkan komen.. :)

10 May, 2012

Rainbow Food from Henry Heargraves.

Assalamualaikum semua... :)




 Apa khabar korg semua hari ni??  Hope sihat-sihat
sahaja ye.. Ok hari ni aku nak share something yang interesting dengan you all semua. Time aku tengah- tengah bosan duduk dekat kaunter ni sebab xde panggilan masok and folio yang hendak di sediakan, so aku pon search internet, cari something yang interesting untuk dibaca. So aku pon jumpa la benda alah nie iaitu makanan pelangi. Jom kita  terus membaca pasal info ni









 Ini ialah siri foto kreatif oleh jurugambar New york Henry Hargreaves yang bertajuk, “Makanan Pelangi”. Beh, obvious bukan?

09 May, 2012

RuNniNg Man

Assalamualaikum

Hye hye hye bertemu lagi kita...He he he.. Ok hari ni aku nak buat entry pasal RUNNING MAN.Tau sebab apa?? sebab sekarang mood tengok Running Man. Hurm korang sume tahu tak Running Man tu apa?? OK actually running man ni ialah rancangan variety show korea. Hurm nak kata aku minat gila-gila korea ni tak la. Tapi layan jugakla drama-drama and movie-movie korea ni.. Lagu-lagu kpop pon ada yang aku layan. hehehe. Atually variety show korea aku jarang tengok Tapi running man ni aku tengok. Memang best. Klakar habis. Bila aku tengok rancangan ni.. aku akan gelak sampi sakit perut.HUHUHU. Aku tertarik nak tengok sebab aku dengar kawan aku(mimi) gelak sakan time tengok. Itu la sebab yang menarik aku nak tengok. 1st episod yang aku tengok ialah time SI WON Super Junior jadi guest. Aku miant r Siwon ni sebab aku rasa die ni macho.Hehehe. Tapi Kim Hyun Joong pon aku minat gak huhuhu. Tapi minat-minat aku tidakla sampi kumpul semua poster, wall paper and semua info. Tapi kim Hyun joong penah masok mimpi aku, 2 kali.. Hhehehe. tersenyum lebar aku bila bangun tido. ~lalalal~. Ok berbalik kepada Running Man. Hurm semalam aku balik kerja, tetiba rasa nak layan running man, hilang penat aku bila gelak tengok ranangan ni. Heheh. Aku ada koleksi rancangan ni ckir je, sampi episod 30 kalau tak silap. Tu pon copy dengan adik aku. Sebenarnya bukan setakat 30 je episod die, banyak lagi. So tadi aku pon tanya member aku (muni) pasal running man ni sebab die pon sekarang tengah mood layan benda ni. So die pon bagi tau yang die layan benda alah nie dekat Imeimo. Hurm aku pon try la buka web tu. Rupenya banyak lagi rancangan variety show yang lain yang boleh kita tonton dekat Imeimo ni. So kepada semua peminat running man especially peminayt KPOP, korang sume boleh la lawat lama web imeimo ni ye.. confirm puas hati..


05 May, 2012

mY hOmeMade Chocolate

Asslamualaikum...

Hye hye hye..
hurm da agak lama ye  aku tak update blog. Bukan apa.. line tak berapa nak laju laa, tu yang tak de mood nak update.. OK la jom kita terus kepada tajuknya ye..

Hari ni aku buat coklat. Hurm nak kata aku ni rajin sangat tak la jugak. huhuh. Beli coklat compound tu pun tanpa dirancang. Begini ceritanya, aku keluar semlam nak cari kemeja putih untuk kerja.Ak lupa kau nka bagi tau, aku dapat kerja dekat Lanjut Beach Resort, Kerja sementara je.Kalau aku dapat sambung degree Insya Allah aku akan sambung. Berbalik kepada cerita kemeja tadi, aku pusing-pusing bandar tak jumpa pon kemeja  putih. kemeja warna lain banyak la. Biasa la rompin ni bukan macam Kuantan, senang nak dapatkan barang walaupon last minute, bandar kecik la katakan. Lepas tak jumpa cari kemeja tu, aku pon pusing-pusing, terlalu depan kedai kek and on that time terlintas nak buat coklat. Aku pon bukak purse tengok ada bajet lebih, huhu apa lagi masok kedai cari choclate compound. Aku beli 2 jenis dark choclate and white choclate.  Itu la jadinya hari ni aku buat coklat. So inilah hasilnya..:) :



 Sekian sahaja entry hari ini. Sampai ketemu di entry yang seterusnya ya.. :)