28 September, 2012

OH Assignment--> The Devil Wears Prada<--

Assalamualaikum to all readers..
Hurm u olls semua apa khabar??? hope sihat2 semua.. Actually aku ni baru je lepas membasuh baju dan rasa macam nak buat assingment. Tapi tak tau nak start dari mana. Pagi tadi ada 1 class je. Assignment yang aku rancana nk wat ni ialah assignment subjet CRG or nama penuh dia Bussiness& Professional Ethics. Dalam assignment ni kami di suruh untuk mencari ethical issue dalam sebuah movie.Dan movie yang telah di persetujui ramai ialah THE DEVIL WEARS PRADA. Not bad jugak movie ni. Aku difahamkan movie ini diadaptasi dari sebuah novel.. Dah lama da cerita ni tapi aku je yang tak tengok.




Siapa tak yang tak tengok drama ADAM & HAWA??? Tipu mustahil korang semua tak tengok. Aku yang dok kt hostel ni pon cari alternative lain untuk tengok..hehe walaupun kdg2 tersangkut2 sebab line slow.. tapi still gak nak tengok. Yer la bila baca novel ADAM & HAWA terasa seperti diawang-awangan. Nak jugak tau jalan cerita..adakah sehebat novel dan secantik novel jalan ceritanay..heheh...Tapi ada je episod yang aku skip. Hurm sekarang ni drama tu tersangatlah femes. Actually aku pon tak tau apa yang aku merepek kt sini.. Sebab da lama sangat da tak wat entry baru.. Tu yang buat jugak even rasa merapu je taip..hihihi..
Ok la aku rasa sampi sini je kowt. Aku nk cari ilham macam mana nak start wat esemen ni...:))



22 September, 2012

Fatwa COUPLE

Assalamualaikum to all readers.. ok korang semua sihat hari ni??? da sarapan??? Ok kita sepatutnya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas.. Hurm couple?? seronok ke?? memang seronok tapi sebenarnya ada dosa disebalik keseronokan yang kita dapat. Memang sekarang ramai orang kata orang yang tak nak couple sebelum kahwin ialah golongan yang outdated. Tak salah nak couple tapi jangan la terlalu menghebahkan perhubungan korang tu sampi orang sekeliling pon naik menyampah..Bukan jeles sebab setiap manusia sudah ditentukan jodoh masing2 tapi jangan smpai perhubunagn yang terjalin itu menghacurkan masa depan kita.

So aku nak share dengan korang semua fatwa ulama' tentang ber couple ini; lau korang nak tau klik sini




19 September, 2012

Kenyataan NASA tentang Matahari Terbit Sebelah Barat

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. 








TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.
 

Sumber